
I N S A N I A H / al azhar
|
|
Mengimbau Keunggulan Al Azhar Sejarah Penubuhan Mengikut catatan sejarah silam , Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu al-Azhar. Lebih kurang setahun selepas pembukaan Mesir dan perasmian Kaherah sebagai ibu negara , kerja-kerja pembinaan masjid al-Azhar mula dijalankan iaitu pada 4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359Hijrah. |
|
Pembinaan masjid dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli , seorang panglima di zaman Fatimiyyah.Usaha mulia ini selesai pada hari Jumaat , 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361 Hijrah dan merupakan hari yang pertama didirikan solat Jumaat . Pada tahun 378 H (988 M) , seorang wali kerajaan Abbasiyah di Mesir , Ya'kub bin Kals telah mencadangkan kepada Khalifah al Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai Jamiah , institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai ilmu pengetahuan . Maka bermulalah penumpuan umat Islam ke tempat tersebut dan Mercu Azan Masjid al-Azhar mempunyai tiga mercu azan yang dibina pada tiga zaman . Setiap mercu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam. Gempa Bumi di-Mesir Satu bencana alam yang dahsyat telah berlaku pada tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah. Al-Azhar juga kehilangan sebahagian besar binaannya ketika gempa bumi tersebut. Kerja-kerja pembaikan dijalankan dan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali ganda. Pada detik inilah bermulanya pengajian di masjid Al-Azhar dan Madrasah Al- Tibrisiah. Matlamat Al-Azhar Pada Oktober 1798, terjadi satu pemberontakan besar yang pertama dalam sejarah Mesir. Tragedi ini berlaku di persekitaran Al-Azhar dan Hussein. Selepas tamat krisis itu, Mesir berada di dalam keadaan aman dan nama Al-Azhar semakin mekar di jambangan dan tersebar namanya di serata dunia. Al-Azhar pada zaman pemerintahan Ayyubiyah ( 567-648 H ) ( 1171-1250 M ) Salahuddin Yusof bin Ayyub amat menekankan pendidikan dan memperbaiki keberkesanannya. Beliau meneroka ilmu-ilmu naqli seperti Tafsir, Hadis, Ilmu Fiqh, Ilmu Kalam, Bahasa Arab dan sastera. Di samping itu , ilmu aqli seperti falsafah, mantik, sejarah,kesihatan,perubatan dan lain-lain turut diajarkan.
Pengajian Di Al-Azhar Sejarah pengajian di Al-Azhar selari dengan sejarah jami'ah yang telah melalui liku-liku perjalanan yang masih jauh. Pengajian dimulakan dengan menggunakan kitab I'tisar yang mengajar fiqh Syi'ah sebaik saja ia dibina pada tahun 365 H ( 975 M ). Di bawah kerajaan Ayubiyyah, Sultan Salahuddin yang telah berjaya menghapuskan pengaruh Syi'ah telah mengemas kinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama'ah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab. Al-Azhar memainkan peranan secara langsung dalam pembentukan muslimah selepas perubahan besar undang-undang Al-Azhar pada tahun 1961. Nama-Nama Al-Azhar Pada peringkat pertama Al-Azhar dikenali sebagai Jami' Kaherah yang disandarkan kepada ibu kota Mesir. Selepas daripada itu Jami' Al-Azhar disandarkan pula namanya kepada nama salah seorang puteri Rasulullah SAW. Menurut kajian yang dilakukan tidak terdapat jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama tersebut kerana terdapat beberapa ikhtilaf pendapat. Senarai Nama Syeikh Al-Azhar hingga 1417 H 1)Imam Muhammad bin Abdullah Al-Khuraisyi : Lahir di desa Abu Khuraisyi Shubra Giza Mesir . Usianya dari tahun 1010 - 1101H (1601-1690M ) 2) Imam Abdul Baqi Al- Qulaini Lahir di Qulain Kafr Syeikh Gharbiyah. Syeikh Al-Azhar tahun 1120 H ( 1708 M ) Meninggal 1132 H ( 1719 M ). 3) Syeikh Muhammad Al-Hufny Lahir di Hufnah Syarqiyah tahun 1100 H ( 1689 M ) - 1181 H ( 1767 M ). Syeikh Azhar tahun 1171 H ( 1757 M ). 4) Syeikh Abdullah As-Syarqawy Lahir di desa Thuwailah Syarqiyah tahun 1150 H ( 1737 M )-1227 H ( 1812 M ) Syeikh Azhar tahun 1208 H ( 1793 M ) Terkenal sebagai salah seorang anggota "Diwanul Kaherah''. 5) Syeikh Hassan Al-'Atthar Berasal dari keturunan Moroco. Lahir tahun 1182 H ( 1768 M ) di Kaherah. Orang tuanya adalah pedagang rempah ratus ( 'Atthar ). Terkenal sebagai pemimpin ulama'-ulama' terkenal . Menerbitkan kitab "Al-Waqai Al-Misyriyah'' Mengadakan halaqah yang dihadiri oleh pemimpin Mesir. 6) Syeikh Abdul Rahman An-Nawawi Lahir di Nawawi tahun 1255 H ( 1839 M ) Menjadi Syeikh Azhar tahun 1317 H hanya sebulan kerana wafat. 7) Syeikh Abul Fadhl Al-Gizawy Lahir di desa Warraq El-Hadhl Giza tahun 1847 H - 1927 M. Menjadi Syeikh Azhar tahun 1335 H. 8) Syeikh Mustafa Abdul Raziq Lahir di Abu Guraq tahun 1885 H-1947 M. Pernah menjadi "wazir Al-Awqaf '' beberapa kali . Syeikh Azhar tahun 1945 M. Rektor-Rektor Universiti Al-Azhar 1) Profesor Doktor Muhammad Muhammad Amir Al-Bahy Qarqar Beliau telah di puterakan pada 3 Ogos 1905 di Muhafazoh Muhairoh . Pada 1931 memperolehi ijazah M.A dalam bidang Adab dan Balaghoh Universiti Al- Azhar. Mencapai ijazah kedoktoran Ph.D dalam bidang falsafah , psikologi dan pengajian islam di Universiti Hamburg Jerman. Pada tahun 1961 dilantik sebagai Rektor Universiti Al-Azhar yang pertama . Bersara pada 3 Ogos 1965. 2) Profesor Doktor Badawi Abdul Latif 'Awadh Lahir pada tahun 1911 di desa Al-Mamalik , Bani Suef. Pada tahun 1934 memperolehi ijazah '. Merupakan lulusan M.A dalam bidang sejarah islam. Mendapat lulusan ijazah peringkat Ph.D pada tahun 1945. Pernah menjadi Pengarah Islamic Center. Memegang jawatan Rektor Universiti Al-Azhar pada tahun 1974. 3) Profesor Doktor Muhammad At-Thayib An-Naggar Kelahirannya pada bulan Jun 1916. Memperolehi ijazah 'Alimiyah dari fakulti Usuluddin dan gelaran profesor dalam bidang sejarah islam . Gelaran Doktor diperolehi pada tahun 1946. Melanjutkan tugas sebagai rektor Universiti Al-Azhar . 4) Profesor Doktor Ahmad Umar Hashim Anak kelahiran Bani 'Amir Zaqaziq pada tanggal 6 Febuari 1941 . Lulusan ijazah Al-'Aliyah dari fakulti Usuluddin pada tahun 1967. Meraih ijazah Master dalam bidang Hadith dan Ulum Hadith dalam tahun 1969. Ijazah kedoktoran diperolehi pada tahun 1973. Menjawat jawatan Dekan Fakulti Usuluddin di Zaqaziq pada tahun 1983-1987. Menjadi wakil Rektor dalam urusan pengajaran dan mahasiswa sejak Julai 1989. Pada tahun 1995 dilantik sebagai Rektor Universiti Al-Azhar secara rasmi hinggalah sekarang. Risalah Dan Prospektus Universiti Al-Azhar Universiti Al-Azhar As-Sharif mempunyai pelbagai keistimewaan dan kunikan, terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan tinggi. Al-Azhar juga menyampaikan Risalah Islamiyah kepada seluruh umat manusia. Al-Azhar memainkan peranan penting dalam meniupkan api perjuangan kebangkitan tamadun Arab dari segi tradisi ilmu, pemikiran dan spiritual. Al-Azhar merupakan agen penting dalam mengutuhkan kesepaduan ilmu dan kebudayaan Islam dengan lain-lain universiti dan institusi-institusi pendidikan Islam, sama ada di sekitar dunia Arab ataupun bukan Arab. Al-Azhar merupakan agen penting dalam mengutuhkan kesepaduan ilmu dan kebudayaan Islam dengan lain-lain universiti dan institusi-institusi pendidikan Islam, sama ada di sekitar dunia Arab ataupun bukan Arab. Struktur Pentadbiran Al-Azhar i) Majlis Tertinggi ii) Rektor iii) Timbalan - Timbalan Rektor iv) Setiausaha-Setiausaha i) Majlis Tertinggi Anggota-anggotanya terdiri daripada : a) Rektor - yang mempengerusikan majlis . b) Timbalan-timbalan Rektor c) Dekan-dekan kuliah. d) Wakil kementerian pendidikan tinggi. e) Tiga orang anggota ( maksimum ) daripada ahli Mujamma' Buhuth Islam . f) Tiga orang anggota ( maksimum ) yang mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pelajaran di universiti Al-Azhar. ii) Rektor Bertanggungjawab kepada hal ehwal pentadbiran Al-Azhar sama ada Pendidikan , Pengurusan dan Kewangan . Kriteria utamanya ialah pernah menduduki salah sebuah kerusi " Ustaz '' di universiti Al-Azhar ataupun mana -mana universiti Mesir sekurang-kurangnya bagi tempoh lima tahun. iii) Timbalan-Timbalan Rektor Terdapat empat orang Timbalan Rektor berdasarkan bahagian-bahagian tertentu : a) Hal Ehwal Pdan Pelajar . b) Timbalan Rektor Pendidikan Tinggi dan Buhuth . c) Timbalan Rektor Cawangan Assyut. d) Timbalan Rektor Cawangan Banat. Mereka membantu dalam urusan pentadbiran universiti dan menggantikan tempat Rektor semasa ketiadaan beliau. iv) Setiausaha-Setiausaha Bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Kewangan dan Pengurusan dibawah seliaan Rektor dan Timbalan-Timbalannya . Terdapat empat orang setiausaha , iaitu : a) Setiauasaha Pembantu Universiti b) Setiausaha Pembantu c) Setiausaha Cawangan Assyut. d) Setiuasaha Cawangan Banat. Mereka dibantu oleh sebelas orang Pengetua- Pengetua jabatan.
Fakulti-Fakulti Di Al-Azhar Pendidikan Tinggi di Al- azhar berdasarkan Peraturan 103 tahun 1961 M merangkumi tiga fakulti asas iaitu :a) Bahasa Arab b) Syariah Wal Qanun c) Usuluddin Peraturan tersebut telah dipinda berdasarkan perkembangan semasa. Al-Azhar terus mengorak langkah dengan menambahkan fakulti-fakulti baru termasuklah perubatan, kejuruteraan, pertanian, dan perniagaan. Sehingga kini terdapat 52 buah fakulti di universiti Al-Azhar. 1) Fakulti-Fakulti Siswa A) Kaherah i) Usuluddin ii) Syariah Wal Qanun iii) Bahasa Arab iv) Pengajian Islam Dan Bahasa Arab v) Dakwah Islamiah vi) Tarbiah vii) Bahasa-Bahasa Dan Terjemahan viii) Sains ix) Perubatan x) Farmasi xi) Perubatan Gigi xii) Kejuruteraan xiii) Pertanian vx) Perniagaan vxi) Maahad Pengajian Komunikasi B) Cawangan-Cawangan 1) Kawasan Selatan i) Usuluddin Dan Dakwah di Assyut. ii) Syariah Wal Qanun di Assyut. iii) Bahasa Arab di Assyut. iv) Perubatan di Assyut. v) Perubatan Gigi di Assyut. vi) Farmasi di Assyut vii) Sains di Assyut viii) Pertanian di Assyut ix) Bahasa Arab di Jerja x) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Qana xi) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Aswan 2) Kawasan Utara i) Usuluddin dan Dakwah di Tanta ii) Syariah Wal Qanun di Tanta iii) Ulum Al-Quran di Tanta iv) Usuluddin dan Dakwah di Zaqaziq v) Bahasa Arab di Zaqaziq vi) Usuluddin dan Dakwah di Shibinkom vii) Bahasa Arab di Shibinkom viii) Syariah Wal Qanun di Damanhur ix) Bahasa Arab di Itai Barut x) Syariah Wal Qanun di Tafhana Al-Asyraf - Daqhaliyyah xi) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Dasuk xii) Usuluddin dan Dakwah di Mansurah xiii) Bahasa Arab di Mansurah vx) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Dumyat ( baru ) 2) Fakulti-Fakulti Siswi A) Kaherah i) Pengajian Islam dan Bahasa Arab ii) Pengajian Kemanusiaan iii) Perubatan iv) Sains v) Perniagaan vi) Farmasi B) Cawangan-Cawangan 1) Kawasan Timur i) Pengajian Islam di Assyut ii) Pengajian Islam dan Bahasa arab di Suhaj 2) Kawasan Utara i) Ekonomi Rumah Tangga di Tanta ii) Perniagaan di Tafhana Al-Asyraf iii) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Mansurah iv) Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Iskandariah
Pengajian Di Al-Azhar Pengajian di Al-Azhar terpelihara daripada unsur percampuran antara mahasiswa dan mahasiswi. Kemasukan tidak berdasarkan faktor keturunan Pengajian berjalan diatas sistem semester kecuali fakulti pertanian yang berdasarkan dua penggal pengajian sahaja. Peperiksaan di Al-Azhar dijalankan mengikut peringkat -peringkat yang telah ditetapkan. Syarat-Syarat Kemasukan Bagi Pelajar Luar Mesir 1. - Mereka yang mengikuti pengajian di Maahad-Maahad Al-Azhar atau Maahad Ghizzatuddin disyaratkan memperolehi sijil Thanawi Al-Azhar. - Sekurang-kurangnya markah kelayakan minimum serta memenuhi kuota pengambilan yang telah ditetapkan. 2. - Pelajar yang mempunyai sijil Thanawi dari Maahad Bu'uth Islam atau setaraf dengannya. 3. - Pelajar yang memperolehi sijil Thanawi Am atau yang setaraf dengannya. - Calon yang mendapat biaya pengajian daripada kerajaan Mesir, layak memohon masuk dengan mengambil kira keadaan berikut: 3.1: Pelajar bukan dari negara-negara Arab yang berminat memohon masuk ke fakulti-fakulti pengajian Islam dan bahasa arab layak memohon berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.Hal yang sama turut disyaratkan kepada pelajar dari selatan Sudan. 4. - Pelajar yang memperolehi sijil pengiktirafan (mu'adalah) bagi tahun-tahun tertentu layak memohon berdasarkan kritiria yang telah ditetapkan oleh lujnah pengiktirafan Universiti Al-Azhar. Pengiktirafan Akademik Yang Dikeluarkan Oleh Universiti 1. Ijazah Pertama Dikenali sebagai Bachelor Of Art ( B.A ) dan mengambil masa antara tiga hingga lima tahun mengikut fakulti. 2. Diploma Pendidikan Tinggi Terbuka kepada semua lepasan yang telah menghabiskan peringkat Ijazah pertama (B.A) tanpa mengira pangkat yang diperolehi. -Calon-calon yang memohon mestilah telah berpengalaman dalam bidang yang berkenaan selama dua tahun. - Peringkat ini mengambil masa selama dua tahun pengajian atau empat semester. - Al-Azhar juga menerima kemasukan lepasan B.A daripada mana-mana Institusi Pengajian tinggi yang diiktiraf sama ada di Mesir atau di luar Mesir untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di sini. 3. Peringkat Pengkhususan ( Master ) Sekurang-kurangnya pangkat jayyid pada peringkat B.A di Universiti Al-Azhar. - Sesetengah fakulti mensyaratkan pemohon perlu menghabiskan setahun ( atau dua tahun ) selepas B.A sebagai syarat kelayakan. - Sesetengah fakulti juga menerima kemasukan lepasan Diploma pendidikan tinggi dengan sekurang-kurangnya pangkat jayyid jiddan. 4. Peringkat Doktor Falsafah ( PhD ) Calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ini disyaratkan memperolehi ijazah M.A dalam bidang-bidang pengkhususan tertentu. - Calon buklepasan M.A Al-Azhar perlu menghabiskan beberapa pengajian daripada kurikulum tertentu. - Sesetengah fakulti mensyaratkan sekurang-kurangnya pangkat jayyid atau jayyid jiddan. - Calon wajib menyediakan tesis ( kajian ilmiah ) asli yang belum dikeluarkan oleh mana-mana pihak sebelum ini. - Tempoh minimum ialah dua tahun dan boleh meningkat kepada empat atau enam tahun berdasarkan fakulti-fakulti dan situasi-situasi tertentu. Kembali ke Menu Taip semula oleh Shaharudin bin Shafie |